Pelantikan Dato Seri Mohd Hishamudin Sebagai Pengerusi SUHAKAM

HAYAT ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Seri Mohd Hishamudin Bin Md Yunus diatas pelantikan beliau sebagai pengerusi SUHAKAM yang baharu.

Sejak penubuhan SUHAKAM pada tahun 1999, SUHAKAM pernah mengalami fasa perkembangan dimana ianya dianggap sebagai ‘toothless tiger’ dikalangan masyarakat. Dibawah pimpinan pengerusi dan pesuruhjaya yang peka terhadap keperluan masyarakat dan negara dari segi hak asasi manusia, SUHAKAM berjaya membina imej awam yang baharu dimana SUHAKAM diiktiraf sebagai salah satu Suruhanjaya Hak Asasi yang terulung di dunia. 

Pelantikan Dato Seri Hishamudin Yunus adalah amat disambut baik selepas cabaran yang melanda SUHAKAM dalam beberapa tahun kebelakangan ini. HAYAT percaya sejarah beliau sebagai seorang hakim yang tegas mempertahankan prinsip-prinsip hak asasi berlandaskan perlembagaan negara dan pengalaman beliau sebagai pesuruhjaya SUHAKAM sebelum ini akan memperkasakan SUHAKAM dalam perjuangan hak asasi manusia di Malaysia.

HAYAT ingin menegaskan komitment kami dalam kerjasama dan libat urus bersama SUHAKAM dibawah pimpinan beliau. 

Tahniah dan selamat maju jaya.

PDF

Previous
Previous

Podcast: What Changed Since Malaysia Abolished the Mandatory Death Penalty?

Next
Next

Malaysia’s Drug Treatment Bill: Will It Really Fix the Crisis?